Khamis, 30 Mei 2013

CARA MEMAKAI SELENDANG.

Cara-cara memakai selendang.

ok, ada beberapa orang kawan yang sebelum ni tanya cara nak pakai selendang so,kali ni nak tunjuk cara pakai selendang kepada semua orang
tapi korang jangan gelak pulak…muka memang nampak lawak, sebab tak tau nak buat muka camna. sila gelak dalam hati sahaja…
Cara-cara memakai oblong scarf/selendang

1. Pinkan tudung macam biasa, bagi scarf di kedua-dua belah sama panjang.tapi takperlu buat gaya macam ni kalau tak mau dibuli di sekolah…buruk bebenor rupa (-_-”)
2. Ambil sebelah(kiri atau kanan) scarf dan lilitkan di kepala. Perlu senyum begini ya, agar tampak manis. kan manis jer gadis di dalam gambar ni…hew hew hew
3. pinkan hujung selendang yang dililit tadi di bahagian tepi. pinkan juga di bahagian atas kepala supaya scarf tak jatuh ke bawah. harap abaikan double chin itu. si punya badan malas berdiet.
4. selepas itu, kita perlu beri renungan tajam dan menggoda setelah puas orang mengutuk kita sebentar tadi.
5. ambil lagi satu belah scarf tadi untuk dipinkan di bahagian bahu
6. pinkan scarf di bahagian bahu.
7. setelah siap, sila strike a pose.
8. pandangan dari tepi.
9. pandangan dari belakang.
Cara-cara memakai square scarf/tudung 

1. ambil mana-mana sisi tudung dan pinkan tudung seperti biasa.
2. ambil bahagian kiri/kanan tudung untuk dililitkan di kepala (peringatan:bukan kepala lutut)
err..korang takyah buat kot gaya kelawar camni.
3.bahagian yang diambil tadi di tarik ke depan, seperti dalam gambar ye.
4. lilitkan di kepala dan pinkan. tak perlu lilit sampai habis. sekadar sampai di atas kepala saja.err..faham ke? maksudnya tak perlu lilit sampai ke depan(dagu).cuma sekadar nak pin di bahagian atas kepala sahaja. kalau tak faham..boleh tanya yer.boleh rujuk gambar dari belakang.
5. ambil lagi satu bahagian tudung lagi(kiri/kanan) untuk dipinkan di bahu.kemaskan sebelum pin.
6. pinkan tudung di kedua-dua belah bahu supaya lebih fix.
7. sudah siap! pandangan dari depan.

harap korang boleh cuba di rumah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan