Jumaat, 31 Mei 2013

Salam sis,

jom try cara pakai shawl terbaru, inspired by Hana Tajima, cuma ada ubah sikit-sikit.. ringkas, hanya 10saat shj diperlukan. sambil berjalan pun boleh pakai gaya mcm ni =D

cara pakai shawl macam ni sesuai digayakan bersama shawl yg jenis nipis macam kain chiffon.


 1. Letak shawl atas kepala, sebelah panjang, sebelah lagi pendek.

 2. Pegang bahagian tepi shawl, bawa ke belakang,

 3. Pin menggunakan brooch yg kecil.

 4. pandangan dari belakang
 5. Pin macam ni je.
 6. Twist kan tudung yg bahagian panjang tu, terbalikkan kainnya. (ada faham?)

 7. Bahagian shawl yg pendek dikeluarkan supaya berada di depan.

 8. bahagian shawl yg panjang tadi di letak kat atas kepala.

 9. secure dengan jarum peniti
 10. dah siap!
 11. pandangan dari sebelah kiri Yan

12. Pandangan dari sebelah kanan Yan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan